Saturday 15 October 2011

lillahi

"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "

4 me n others

sakit hati, kesedihan, kemalangan, kecacatan,

itu semua adalah bentuk-bentuk pengajran kehidupan yang sangat berharga.
Dengan mempelajarinya, mengamatinya dan menganalisis semua itu, maka kita akan mampumengahrgai sebuah bentuk pengorbanan, perjuangan dan pengendalian diri dari semua hal kehidupan dan ianya adalah bukan suatu yang sia-sia.

dan hasil daripada itu, kita akan mendapatkan kejayaan, ketegaran, kedewasaan, dan kemajuan.

renung-renugkan dan fikir-fikirkan.. :-)

Friday 26 August 2011

Bab 7 : Senyum Tak Perlu Berkata apa-apa...






 "SENYUM TAK PERLU BERKATA APA-APA.." Hmm.. pasti ramai yang pernah mendengar perkataan ini kan..senyum. bila kita sebut tentang senyum,  pasti kita terfikir ;
- senyum bila orang lain buat lawak
- senyum bila terdengar cerita lawak
- senyum bila terbuat lawak
- senyum bila teringat orang tersayang.

TAPI...

Cuba kita tengok-tengok semula.. bila kita di timpa musibah.. adakah kita mampu tersenyum? misal kata, kita dapat result peperiksaan. tak kisahla sama ada baik atau kurang memuaskan, apakah riak wajah kita?  marah? sedih? berduka? atau  TERSENYUM? atau buat2 tak tahu? jawapan itu pilihan pada teka teki wajah anda.. tapi tak mustahil kita sedih kalau dapat result tak brapa elok dan muka moyok ja..tapi usahlah  berpanjangan kemoyokannya., cuba rasionalkan akal, bisik pada hati..

"..ini hadiah dari Allah, UJIAN hadiah dari Kekasih Agung... yakin bahawa semua yang diberi-Nya ada hikmah yang penuh rahsia di sebaliknya. sesungguhnya Dia yang memberi ujian dan DIA jua penunjuk jalan.."


Nah... apa lagi, sebagai muslim sejati, usah segan, malu, malas atau keberatan menjamahkan anggota dgn dengan WUDUK, menganggkat tangan memohon doa dan bantuan, menjuadahkan malam dengan hidangan air mata keinsafan. usah malu dan kelu.. kerana manusia insan lemah yang sentiasa mengharapkan bantuan dan bergantung pada-Nya sentiasa.. 


Jadi..selepas ini usahlah menawarkan wajah masam pada pada sahabat2, usah menyambut alam dengan kemuraman, tapi hiasi dengan pacaran SENYUMAN seikhlasnya kerana Allah..


Tak perlu bayar pun untuk senyuman terindah. hanya senyum dan senyum..tapi janganlah senyum sorang2 ye..dikhuatiri org bersangka lain pula...



"..jadi senyumlah.... seikhlasnya kerana Allah...^_^.."

Thursday 25 August 2011



******************************
Hijab Cinta-Mu
Kecantikan itu bukan diukur,
Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.
Kecantikan itu bukan terlihat,
Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.
Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.
Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!
Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu, Iman memujuk,
Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.
Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah di lidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari,
Insya-Allah, ya Rabbal Alamin..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, bibirnya meniti kalimah melafazkan kesyukuran buat Maha Besar. Kerdil sungguh tinta ini dibandingkan dengan luasnya ilmu-Mu. Blog Annisa ditatap lama. Rindu menggamit dalam diri. Rindu bertemu penghuni Baitul Annisa. Bertemu dengan kak Damia dan Kak Insyirah. Bertuah bila dapat bertemu insan yang bersama-sama berdiri di jalan Allah dan berjihad dengan menyedarkan yang terleka. Sungguh, perjalanan yang penuh rahsia ini penuh hikmahnya.

tensionnye!!

nisa prlukan kkuatan..kkuatan y akn mmbntu nisa k arh kjayaan..
mls?
mang ana nieh pmls giler...heee,tlong ssgt doakn ana...

Wednesday 24 August 2011

merdeka!

almak ay!!
lega btol da abes trial exm..haha..p y exm sbna blom ag kot
sokey lha,y pntg skg fkus na raye lak..

Friday 19 August 2011

proud to be muslimah

Engkau Memang Cantik Kerana Kau Seindah Islam

Anak penulis: RADHIATAN MARDHIYYAH BINTI OKNAN BIN ASMAWI
(Sekadar gambar hiasan: Kpd tok2 guru ku, sahabat2ku & sekalian pembaca yang dirahmati Allah... Mohon didoakan Mardhiyyah menjadi wanita yang solehah & diberkati Allah fiddunya wal-akhirah, Aameen)
ANTARA PEREMPUAN SOLEHAH DAN BIDADARI SYURGA
Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! A
dakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani.
Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.
Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?
Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.
BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?
Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”
Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”
Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”
“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.
“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”
Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.
“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”
Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”
Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”
NILAI SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH
Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai perempuan solehah itu terlampau berharga, sehinggakan kecantikan, kekayaan dan keturunannya tidak akan dilihat sama sekali tanpa keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!
RUJUKAN:
1. Burhan Sodiq. Engkau Memang Cantik Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu; Kemilau Publika Sdn. Bhd; 2009.
2. Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga. http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/36-health/496-wanita-solehah-lebih-baik-daripada-bidadari-syurga.html
SUMBER: http://psipum.org/engkau-memang-cantik-kerana-kau-seindah-islam/